Tuesday, March 29, 2016

menyemai integriti



Intergriti... integriti bermaksud keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum.
Dalam masyarakat... intergriti lebih kepada korang tak buat sesuatu jenayah /salah guna kuas untuk kepentingan diri

Masalah sekarang... orang yang pandai.. makin pandai makin ‘terlebih pandai’.... kenapa mereka jadi begini ek? Dan macam mana nak halang benda ni dari terjadi (bagi yang x pernah corrupt) dan berhenti (bagi yang nak taubat)

RULE DIA MUDAH: JANGAN SESEKALI CUBA. 100% is more than 98%

Sekali cuba dah sedap...bila dah sedap... secara automatic otak akan ‘nak lagi’

Contoh, curi2 buka porno... mula2 setiap hujung minggu.. bila dah terbiasa 2/3 seminggu.. last2 tiap2 hari
Sama gak projek kerajaan.. mula2 songlap 1...dah sedap nak 2.. then 3...

Lama2 bila dah obvious.. kantoi.. baru fuck up baru sedar.. nape ek aku sanggup jadi macam ni?

COZ KORANG DAH TERBIASA.


Sebab itu in the first place... jangan cuba...

Koruption nih macam dadah gak... dia sedap tapi salah.. boleh ketagih

JADI JANGAN CUBA LANGSUNG in the first place

Koruption tu sedap tapi MARUAH DAN RASA BANGGA HORMAT DIRI MENGEKALKAN INTEGRITI LEBIH MANIS DAN BEST – KORANG DPT SPECIAL PLACE DALAM HATI TUHAN DAN MASYARAKAT DAN HIDUP PON AMAN

Orang korup mmg sedap time dapat duit... ada kereta mewah dsb.. tapi tenangkan mereka jika ada ticking bomb bila2 boleh kantoi??

KALAU ADA ORANG KATA KORANG BODOH SEBAB TAK AMBIK DUIT RASUAH 1K... KATA KAT MEREKA.. LAGI BODOH JUAL NAMA PADA HARGA 1K... DAN DAPAT 1K, NAMA BURUK, HATI TAK AMAN, DICEMUH MASYARAKAT DSB



- - - --  - -


KENAPA ADA BERLAGA ALIM LUARAN, KAT RUMAH TGK PRONO, MENIPU, KAKI PUKUL BINI DSB

heboh satu FB bila bekas bini guitarist reveal yg suaminya post saja kat fb ajak solat.. tapi sebenarnya past post pi tidoq.. x solat pon

kenapa begini

REASON 1 : coz dalam kepala otaknya

dpriority dia adalah MENDAPAT KEPUJIAN MASYARAKAT

dan agama digunakan sebagai kenderaan untuk mendapatkan itu

Mendapatkan iman dsb tuh bukan sebanrnya prioriti dia

so bila ngan masyarakt luar.... tuh nampak baik....

orang gini selalunya bekas2 org yang pernah dibenci / decemuh mesyarakt... so as u all know kita ni social animal... dan x leh hidup sorang2... dan siorang ni dulu extreme ditolk masyarakt... jadi mereka terpaksa menjadi 'extreme' baik berlakon dpn masyarakat sebab diorang extremely need to be diterima mayarakat

ya hati masih setan.

TETAPI HARUS DIINGATKAN Berlakon2 atau terpaksa buat baik adalah first step untuk menujuk ke arah kebaikan.. dan jika tujuanya benar2 kerana tuhan... JANGAN RISAU, MUNGKIN AKAN JADI BAIK

Cuma kalo aim tu tertumpu pada nak aproval masyarakat dan bukannya tuhan itu sendiiri... jangan terkejut disebalik takbir perangai sialan....sebab what matters to him is masyarakat.. bukannya diri dan tuhan


REASON 2 : TAK TAHAN...OTAK TAK DEVELOP

AIM NAK DAPATKANKEREDHAAN TAPI STILL TGK PORNO / MAKSIAT WALAU RASA BERSALAH

masa remaja mmg sukar nak control nafsu sebab frontal cortex tak develop lagi... so sometime even if ur aim nak dapat keredehaan... sometimes otak frontal cortext tak leh suppress ur limbic system

orang mcm ni
1. try ur best.. remember 100% sis better than 98%
2. taubat cepat2.. dan fikir cara2 nak elak dan improve... yes it will improve as u get older coz forntal cortex makin mature.. tapi bila korang paksa diri jagan buat.. lagi cepat frontal cortext to develop... dan korang dapat resilence.. dan dapat control perasaan2 lain jugak.. dan boost self esteeem

memastikan anak tak jadi sial bila besar nanti



Mak bapak semua akan risau bila anak dilepaskan / dibesarkan
Coz apabila mereka di lepaskan kea lam reality, macam-macam akan terjadi
Anak yang baik boleh jadi rosak, contoh... terjebak ke dalam maksiat dan dadah
So macam mana nak pastikan mereka tak jadi sial di kemudian hari?

No 1 : hakikatnya, anda tak boleh dapat full control 100%
Yes, everyone can fuck up termasuk anak anda.. they can be assholes.
So kalau anak anda gagal, bukan kerana anak anda asshole, mmg mereka sendriri assholes. Jangan salahkan sangat diri anda

No 2: Family culture adalah the best thing to make sure anak anda tak buat perangai
Culture : perangai kolektif sesebuah unit masyarkat
Family culture : perangai kolektif sesebuah keluarga
Cuba kita observe, sesetangah keluarga kalo, kurang hajar.. satu keluarga jenis kurang hajar
Kalo jenis happy tak kisah halal haram... semua anak beranak pon gitu
Kalo jenis wat hal sendri.. satu keluarga mcm tu....

So untuk memastikan anak anda tak buat perangai baik.. kene semaikan culture yang baik ke dalam mereka
Itu dengan menyemai culture yang baik dalam keluarga anda

Dan bermakna anda dan isteri kena ada culture yang baik

DAN JANGAN CAKAP SAHAJA

Budak ni tuhan cipta automatic dia boleh copy parents thoughts, reaction etc tanpa perlu diajar secara direct... diorang akan observe parents reactions etc  dan secara tak langsung menjadi sebahagian dari mereka

So andaikata korang kata “merokok tak baik” tapi anda merokok... anda telah mengajar “boleh tipu budak, orang dewasa boleh menipu, kita boleh menipu” kepada anak anda

JADI ANDA TU KENA BETOL DAHULU

Apabila culture yang baik telah dididik ke dalam anak anda... bila dah besar... benda ni mengeras dalam kepala otak mereka... dan apabila mereka menghadapi situasi seperti “kawan ajak gi disko / sex / minum arak dsb” VERY MOST LIKELY automatic mereka akan reject.

Conclusion : family culture bertindak sebagai auto pilot dalam kehidupan anda dan anak anda... thus ini sahaja yang maximum dapat memastikan anak anda tak buat perangai later bila dilepaskan ke alam dewasa

Kenapa anak2 jadi aimless atau rasa aimless walaupon dah ada degree, didikan agama yang cukup, duit dah cukup dsb?



Kenapa anak2 jadi aimless atau rasa aimless walaupon dah ada degree, didikan agama yang cukup, duit dah cukup dsb?

Sebab paling mudah : aim tu tak diletakkan terlebih dahulu

********************

Degree, didikan agama, pendidikan, kem bina semangat, kem sukan, kelas gitar, kelas saham, kelas perniagaan  = adalah RESOURCES

AIM DAN PRIORITIES  = apa yang korang nak sebenarnya
Dan tanggungjawab ibubapa atau diri korang sendiri… fikir apa yang patut jadi aim dan priorities anda

Dan ditengah2 resources dan aim priorities adalah PROCESS

Jadi flow adalah   RESOURCES -> PROCESS -> AIM AND PRIORITIES


Contoh :

1    Silap 1. Dah ada aim, tapi lack or wrong resources (parents yang demanding)

Anak anda punya aim adalah untuk menjadi ahli perniagaan.

 Tapi anda dok plak suruh pi kelas main sukan, kelas menari, kelas bina semangat, masuk medical school dsb. Yer niat anda mungkin baik untuk memberikan segala experience kepada anak anda.. seperti leadership dsb… tetapi adakah dia perlukan experience in terlalu banyak atau perlukah dia resources tersebut?

Anak anda cuma perlu 

  • 1.       experience yang sekadar cukup (contoh leadership yang cukup buat orang senang kerja dgn dia, tak perlu sampai nak jadi legendary leader)…
  • 2.       lebih perlu banyak experience  yang diperlukan seperti kelas markering, kelas advertising, hands on direct selling dsb = SEBAB ITU AIM DIA dan dia perlukan resources tersebut


sekrianya anda flood anak anda dengan resources yang tak berkaitan dengan aim dia.. lama kelamaan anak anda jadi aimless sebab dia dah tak mampu mencapai aim dia

*Aim tak semestinya benda yang tangible/legendary mcm straight A, no 1 dsb

Boleh ja jadi sesimple pas exam bagi yang asyik gagal dalam exam.. nak jadi manusia yang sekadar baik (tak perlu jadi ustaz) dsb

**Adakah budak yang dapat no 1 lebih bahagia daripada budak buda yang slalu gagal now sekad pass semua exam? Tidak diketahui… mungkin budak no 1 stress giler sebab kena study dan takut jadi no2,3 dsb… point is.. walau dia dapat no1, tak semestinya itu aim dia atau itu yang memberikan dia kebahagiaan

2)silap 2 : banyak resource, tapi takda aim (paling common)

kelas agama dah gi, kelas gym dah gi, kelas swimming dah gi, kelas melukis dah gi, kelas sukan dah gi..

tapi kalo tak disuruh pi… dok rumah je termenung = ditafsirkan sebagai pemalas

hal ini sebab korang tak pupuk atau tanya.. apa anak korang nak sebenarnya

kalau korang terfikir “untuk apa tujuan aku hidup ni? Apa aku nak buat dengan masa ni?” – so basically korang sebanarnya takde aim jugak

bila dia takde AIM, percayalah beribu RESOURCES pon.. anak anda takkan buat apa2 dengan RESOURCES tersebut sebab dia mungkin tak perlukan resources tersebt.. bila tak buat apa2, bermakna tiada PROCESS

JADI.. apa yang patut buat dgn anak cenggini?

1.       Bila anak dah ada akal, tanya anak anda apa yang dia sendiri nak

2.       Sekiranya dia tak  dapat jawab… bagi contoh.. dan pastikan contoh tuh dia rasakan berbaloi.. seperti dihormati masyarakat, dilihat berjaya dsb

*general rule – human ni social animal.. apa2 aim nak jadi guitarist kea pa boleh tapi pastikan at the end ada good human value and social relationship


3.       Sekiranya dia tak dapat jawab jugak.. pupuk supaya dia dapat menjawab soalan itu satu hari lagi.. dan ini dibuat secara indirect.. iaitu dengan memupuk self esteem.. iaitu aku percaya aku dapat menyelesaikan sesuatu tanpa ditolong orang…

as he/she grow older.. dia akan develop own perception towards life… dan akan develop aim sendiri…. Dan jika dia ada self esteem.. dia akan terus berusaha untuk mencapai aim.. Aim juga haruslah (1) memberikan rasa gembira (2) membuatkan dia rasa ada commitment (3) dapat dikira seperti bilangan org yg telah ditolong dsb.. matrek tersendiri

jika takda self esteem.. ada aim pon tak jadi apa2 (SELF ESTEEM is part of PROCESS)

So camne nak develop self esteem

Bersesuaian dengan umur.. suruh dia buat satu task yang agak difficult bagi umur dia (tapi accomplishable) .. walaupon tak cantik.. ingat it is not about becoming a legend.. it is about accomplishment… dan accomplishment does not necessarily mean become legend.. dan puji (tapi jangan puji lebih2)

Contoh : jahitan simple pakaian terkoyak… daki bukit… berenang bagi yang tak berani berenang dsb

AIM kita nak implant dalam otak mereka : “I can do it by myself”… tapi x overdose sampai dikatakan gila/berbahaya sampai not worth it.. orang terlajak confident.. proble gak ni... takde cut point mana yg dikatakan terlajak / okay... based on your judgeemnt



So conclusion

1.       Budak mmg takde aim.. aim develop perlahan2.. take years
2.       boleh kasi RESOURCES tapi along the way, kena check AIM dia (dah ada ke tak, atau perlu pupuk lagi) dan latter counter check is this resources he really needs.

if aim ada tapi resource tak cukup… cari jalan supaya dia dapat resource tersebut

3.       Bila resources cukup.. dan aim ada… tengok dia ada tak self esteem untuk menjalankan PROCESS… kalau takda kene wat something…

nasihat paling senang “try saja, bukan matipon kalau gagal” (tapi make sure risk have been calculated too)

4.       So bila AIM/PRIORITIES ada… APPROPRIATER RESOUCES ada… SELF ESTEEM ada.. baru ada PROCESS.. dan process nil ah yang memberi perasaan “I am doing something with my life”

NOTA TAMBAHAN

Silap 3: tersalah interprate aim

Ha.. ni pon bahaya gak.. sebab dia buat korang confuse.. salah gunakan /dapatkan resources.. dan lama2 jadi aimless

Contoh : Aku nak hidup senang. Aku tengok orang hidup senang banyak duit… jadi aku perlu banyak duit

Aim yang terfikir “aku nak banyak duit sebab aku nak hidup senang”

Now AIM korang berpindah dari “Hidup Senang” kepada “Banyak Duit”

Jadi korang pon buat kerja banyak2.. cut masa bercuti dsb atau tak bercuti dsb… (which is hidup semakin susah)

So apa yang korang aim contradict dengan apa korang buat.. bila nih jadi.. korang rasa sedang mengejar aim.. tapi during process… korang feel aimless

*Tidak ada sempadan jelas “hidup senang” dengan “kuantiti duit”. Ada org gaji 1K hati senag.. ada yang 10K baru senang… So kindly review your AIM dan make sure AIM itu tak contradict to each other.. dan fikir which is the limit.. and whether it is realistically achievable

dewakan orang yang ada berpengalaman



Orang yang dah ada pengalaman kerja  5 tahun tapi takda degree apa2 boleh lebih baik dari orang yang degree tapi takde pengalaman apa2.

Contoh : tan sri syed mokhtar albukhary.. tony Fernandez dsb.. mereka semua takde education dalam bisness.. tapi kenapa mereka successful dalam bisnes?

Walaupon mereka takde degree… mereka ada resource yang betul….

1.    Leadership
2.    Cara bercakap dan berhubung dengan pihak atas
3.    Menjual barang baru
4.    Menembusi pasaran baru
5.    MENGAWAL perasaan takut
6.    TAHU SEMUA ASPEK APA YANG MEREKA NAK JUAL
7.    Menukar bisnes rugi ke bisnes untung dan DSB YANG TIDAK DIAJAR DI SEKOLAH/UNIVERSITI

Sebab itu Dr Mahathir tak suka Najib hire supervisor orang asing untung menasihati beliau. Orang asing nih mana tau selok belok sensitivity masyarakat macam kita… diorang x pernah pondok sebumbung dengan kita
Sebab itu keluar pemimpin2 bangang (not the right person to be pemimpin) dan keluar statement bodoh macam “orang yang middle income kene ada Mercedes dan rumah banglo’.

Yes… mungkin CGP 3.9.. tapi itu hanya RESUME… apa yag anda perlu tengok adalah PENGALAMAN

Pengalaman  dari gagal ke berjaya lebih awesome dari berjaya tanpa gagal

Kerana ia mendidik resilience

If gagal ke Berjaya = bukti dia tak give up. Mengajar ketahanan jiwa.
Berjaya tanpa gagal = tiada bukti dia takkan give up.. mungkin bila dia jumpa masalah suatu hari nanti.. dia akan berhenti berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut....dan kecundang

Didik : pick themselves up, dust themselves off and try again. Tell if they are not occasianlly failing, hey are not aiming high enough. You should celevrate failure, not success only.


Masalah society sekarang.. mengerjar medal trophy atau ribbon kerana disuruh dapatkan emas… emas itu mungkin membuatkan ibu bapa bangga tapi meaningless bagi mereka (coz tak selari dengan aim mereka, atau mereka tak tahupun aim mereka)

Jangan buat sesuatu kerana glamour atau berapa banyak akan dibayar.. tetapi buat sesuatu supaya ia memberikan anda pengalaman untuk membantu anda menyelesaikan masalah/cabaran lebih complex dimasa hadapan

Masalah kedua : terlalu manjakan anda

Contoh camping… semua ibubapa nak anak dia hidup seronok.. jadi ibu bapa setup cam, organize dsb

Contoh kedua.. ibubapa menyelamatkan home work anak yang tak but disaat2 akhir cuti sekolah

Jadi anak2 tak belajar pon leadership, organization, responsibility, communication, appreciate others and accountability yang walaupon tak seronok.. tetapi penting dalam kehidupan nanti
 
Dan implant virus pemikiran “Ibu bapa (atau orang lain) yang akan menyelesaikan masalah ini untuk saya… yang penting keputusan akhir nanti bukannya macam mana anda dapatkan ia berjalan”

Bila dah besar.. jadilah orang yang penakut… tak responsible.. ambik rasuah tanpa rasa malu… tak nak berusaha sendri dsb…



Mmg instinct nak tolong anak.. tapi sekiranya mereka tak face difficult challenges dan berjumpa keagalan.. mereka tak akan develop resilience (hati kental) yang mereka perlukan dalam hidup…

Ramai jer top scorer gagal dalam kehidupan bila berjumpa hanya satu masalah kehidupan ja..

Ni kita nak prevent..

ILMU PENTING.. tapi pengalaman yang berkaitan yang tak diajar juga penting

JADI FOCUS ILMU DAN PENGALAMAN YANG RELEVENT.  Banyak tapi tak relevent no point


Bro.. aku ada nak lantik orang baru masuk company aku.. camne ek?

Sekiranya anda ada bisnes baru / tak stabil : jangan hire orang tak berpengalaman atau fresh grad
Sekiranya bisnes anda stable  :hire orang tak berpengalaman dan pastikan dia belajar dengan org berpengalaman… supaya skiranya org berpengalam itu dah takde,… takdelah terkontang kanting anda nanti.

*anggap orang yang dah ada pengalaman ni.. adalah orang yang dah ada 'degree dan bukti dalam kebolehan buat kerja tersebut'.. bukan nampak2 boleh aja mcm fresh grade