Saturday, March 26, 2016

Kenapa "Orang Berjaya" kadang-kadang tak tenang dan buat silap besar

Cuba lihat, kenapa kita lazimnya kata seseorang itu berjaya?
1. Mempunyai duit berjuta-juta
2. Mempunyai 10 degree
3. Menawan 99 puncak
4. Menyelam 30minit
5. membuat software terbaru
6. pembina kereta tercantik
7. Straight "A"s
8. Master exam
9. kecantikan

apa persamaan pada kerjaya mereka? mereke bersifat "boleh lihat" (tangible) DAN boleh dicapai dalam time frame tertentu


Now cuba kita lihat kejayaan yang tak tangible dan mempunyai time frame yang lama
1. membesarkan anak sampai degree : 28 tahun
2. membina keluarga yang harmoni : bertahun-tahun
3. persahabatan dengan masyarakat
4. pemahaman agama
5. bersenam suka2 (tanpa bertanding) untuk kesihatan
6. akhlak baik

"Orang-orang berjaya" tak berminat dengan kejayaan yang tak tangilble dan mempunyai time frame yang lama...

mereka suka sesuatu yang boleh dilihat seperti akaun bank, produk baru tang terhasil dsb... dan ada time frame yang jelas




Jadi mereka akan meluang masa, tenaga dan duit ke arah itu.. dan secara tak sengaja... mengabaikan kejayaan tak tangilble... ataupon kejayaan yang tidak nampak seberapa (contoh kejayaan tak seberapa : dari gemuk tak bersenam.. sekarang dah bersenam... bagi mereka sekadar bersenam bukan kejayaan.. kene kurus langsing sado baru dikira berjaya)

CONTOH 1:

jadi mereka mengabiskan masa dengan lebih bekerja (untuk keluarga) daripada keluarga itu sendiri...

niat mungkin baik.. tapi tindakan itu meyebabakan anak dan keluarga akan terabai... dan mungkin akhirnya meruntuhkan keluarga itu sendiri.. dan later menyebabkan orang tersebut depress dan tak tenang... semakin hanyut dan gagal dalam kehidupan (walaupon banyak trophy kejayaan (duit, kereta mewah, rumah mewah) di keliling nya)

CONTOH 2:

Dalam perniagaan.. andaikata jenis high achievers yang sukakan kejayaan yang tangible seperti duit berjuta-juta dalam bank... dan tak pandang kejayaan tak tangible seperti moral dan akhlak

dia mungkin akan sanggup membuat rasuah dan menipu... semata-mata nak tengok akaun bank berkembang...

dan later kita akan tertanya "Ek kenapa budak pintar sekolah aku mastermind kes rasuan ni???"

dan akhirnya budak pintar itu gagal dalam masyarakat.. runtuh keluarga dsb.. akhirnya sedih.. dan depress



Harus diingatkan.. sesetengah kerja (especially yang kita passionate) dan tangible boleh memberikan kita rasa "high" dan rasa puas hati

Namun jika dilihat dari jangka masa panjang.. hubungan dengan kelurga dan sahabat dan masyrakat.. lebih memberikan rasa gembira dan tenang...

Jadi, kemanakan anda meluangkan masa anda hari ini?Adakah anda kearah menjadi family man seperti yang anda fikirkan?

Dan fahamilah..  nak hidup tenang... persepsi mengenai 'kejayaan' harus lah diubah kepada

1) tak semua kejayaan itu measurable dan boleh dilihat jelas oleh orang luar...
2) dan tak semua kejayaan itu perlu nombor satu...
3) kejayaan itu adalah ada definasi anda sendiri



*Ada sesetengah high achiever tak kisah pon pasal kekeluargaan.. hal ini mungkin kerana beliau dibesarkan dalam keluarga yang tak harmoni (melahirkan persepsi negetif) atau  keluarga yang sekadar makan, minum, pakaian, tidur, study (jadi rasa manisnya keluarga itu tidak ada)... jadi mereka INI TIDAK FAHAM NIKMAT BAHAGIA KELUARGA... dan BILA TAK FAHAM...MEREKA TAK KISAH

 Sekiranya anda sebahagian dari high achiever kategori ini, renung2kanlah dan cuba2lah bersosial dan membuka hati kepada nikmat persahabatan

No comments:

Post a Comment