Monday, March 28, 2016

Meningkatkan jualan perniagaan

Mengetahui kenapa manusia hendak membeli sesuatu amatlah penting dalam perniagaan.

Kerana bisnes akarnya adalah 'memberi perkhidmatan untuk menyelesaikan masalah seseorang' dan mengecas

Jadi dalam bisnes...
1. kene menyelesaikan masalah
2, kene meletakkan harga yang sesuai

Sekiranya produk anda SUDAH diterima orang awam dan quality dah OK... sebagai contoh nasi lemak ayam goreng.. anda dah jual 5 tahun dan laku... dan anda nak naik kan jualan anda

Anda tidak perlu lagi fikir "patut kah aku start jual nasi lemak kerang, nasi lemak daging, nasi lemak unta" dsb (diversify)

Kerana, mungkin bukan itu sebab KEBANYAKKAN pelanggan singgah kedai anda

Mereka bukan singgah sebab kerana kedai anda sedap giler
Mereka bukan singgah sebab lauk anda banyak
Mereka bukan singgah sebab kedai anda murah


SEBENARYA Mereka mungkin singgah kerana berbanding kedai anda

Menyelesaikan masalah sarapan bagi mereka yang bergerak awal
1. - terletak tengah2 jalan utama mereka nak pergi kerja
2. - kedai anda buka awal 6am - jadi senang

Menyelesaikan masalah orang sibuk
1 - kedai anda kalo order bungkus siap cepat dlm  1 minit

JADI JANGAN TERJEJUT jika sesebuah kedai yang dahulunya laku.. lepas pindah.. bankrupt terus... bila mereka pindah.. mereka bawa rasa makanan tersebut.. namun hakikatnya.. pelanggan anda sebernya bukan mahu sangat rasa makanan anda.. mereka cuma nak convenience


contoh paling mudah company yang gagal adalah proton dan perodua
Axia perodua laku
Proton Suprima S - tak laku langsung

Kenapa? Rakyat malaysia amnyaa nak 1. kereta yang sedang2 rupanya 2. janji jimat minyak 3. murah 4. just nice untuk A to B 5. selamat

Rakyat malaysia tak perlukan leather seat.. teknologi terkini dsb... rakyat malaysia nak kereta A to B sahaja



Jadi setiap perniagaan ada menyelesaikan masalah tertentu...tak semestinya murah

Contoh :
starbuck.. menyelesaikan masalah orang nak glamer walaupon sanggup jadi bodoh bayar kopi mahal
kedai2 restoran yg ceruk giler tapi laku.... ornag pi memang sebab SEDAP



Conclusion nya
Sekiranya anda buat restoran... tak semestinya kene fokus rasa sedap...

Sekiranya anda jual alat senaman... jangan fokus sihat sahaja... ada yang lebih petingkan 6 pack dari manfaat bersenam itu sendiri (sebab tu produk mcm krim pemanas yang 'didakawa' boleh hilang buncit amat lagi walaupon diketahui dari segi perubatan.. takde kesan)


FOKUS UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH/MEMUDAHKAN HIDUP ORANG... nescaya belilah orang dengan produk anda..

No comments:

Post a Comment