Tuesday, March 22, 2016

Kenapa aku benci / bosan / suka dengan pekerjaan aku?

1. Passion dalam pekerjaan bukan segala-galanya

Ramai menyalahkan passion bila dah rasa tawar hati dengan perkajaan yang dilakukan walhal perkejaan yang dilakukannya adalah dream job dibangku sekolah dan sangatlah dibangga oleh orang kampung.

Passion adalah 50% element

2. Tetapi kualiti tempat kerja adalah lagi 50%!!

Ini termasuk
a. boss yang bangang/setan/malaikat
b. diskrimasi tempat kerja
c. rakan (rakan ke?) perkerja yang malas/ular/kaki kipas
d. payment tak adil
e. waktu kerja
f. panas
g. politikus tempat kerja
dsb

3. So sebelum korang hantar surat berhenti kerja, renungkan anda kategori mana

A. Benci kerja stage 1
Passion : ada
Kualiti tempat kerja : hampeh
** Contoh : anda suka sangat engineering tapi boss sial,  dan ramai kaki bodek tapi tak buat kerja hapah pon
** kerja banyak gila sial sampai balik lewat malam tiap2 hari tak cukup tidur

B. Benci kerja stage 2
Passion : tidak ada
Kualiti tempat kerja : hampeh
** Contoh, anda suka outdoor job, tapi akhirnya kerja opis boy dan tambah parah, kerja ngan orang hampeh hari

C. Bosan dengan kerja
Passion : tidak ada
Kualiti tempat kerja : terbaik
** Boss penyayang, work load okay.. tapi anda suka dok office ada aircond, bukan pi site
** atau company okay, tapi aku rasa akan takkan gi jauh (salah satu element motivasi dah hilang iaitu anda tidak percaya kerja anda anda sekarang dapat memajukan diri anda)

D. Suka dengn kerja
Passion : ada
Kualiti tempat kerja : terbaik
** anda suka cari penawar mati pucuk, dapat plak dok lab tongkat ali. boss plak jenis sempoi

Kalo anda
A dan B mungkin leh consider berhenti kerja (at your own risk)
C : fikir2kan, anda boleh keep ur job dan kejar ur passion

4. Point is, ramai terlepas pandang kualiti tempat kerja bila dah dalam dilemma tempat kerja pas grad

5. On passion

Jangan dok tengok duit ja.. duit adalah keperluan tapi bukan semestinya passion anda

kalo lah dalam diri prefer jadi guitarist, percayalah konsert anda yang dihadiri 50 orang pon memberi kepuasan lebih dari gaji yang berlipat-lipat.

6. Duit tu penting.. tapi

Seperti pos sebelumnya, what is your goal? Goal akan memberikan passion?

Kalau anda lahir dalam keluarga miskin, dan berusaha

bila naik gaji 1K -> anda akan rasa manis
2k -> anda akan rasa manis
5k -> anda akan rasa manis
20k -> anda akan rasa manis
50k -> mungkin sama manis ja / dah start tawar hati
100l -> takde beza pon ngan 50k

kenapa dah start tawar? coz goal anda ialah untuk membebaskan keluarga dari kancah kemiskinan. once that done, goal tu sudah hilang dan tiada sudah destinasi

*berbeza jika anda seorang investor/salesman -> setiap ringgit itu score dan memberi kebahagiaan kepada anda.

tapi jika anda bukan investor secara sifatnya.dan lebih kepada family man dan nak tengok ahli keluarga gembira, percayalah, 1 juta pon anda rasa biasa aja coz bagi anda meluang masa dengan family lebuh berbaloi

jadi jika anda dalam kategori yang suka dok tengok duit tu berkembang, tak perlu paksa diri kerja duit teruk2 yang x mungkin anda pakai, sebab anda jenis bahagia bila bersama keluarga

perhaps, bawak keluarga mancing dan selfie lagi best??

7. So....
kalo anda benci kerja anda, most likely disebabkan kualiti tempat kerja
kalo kualiti tempat kerja hampeh, lama-lama passion pon hilang

kalo bosan ngan kerja, anda mungkin masih blum identify passion sebenar anda.. passion anda mungkin diluar tempat kerja anda.. tak perlu berhenti kerja
the best way is soul searching, cuba try hiking ker.. melancong luar negara.. fotografi.. mendidik.. masa ntok anak dsb
bila dah jumpa percayalah, anda anggap kerja anda sebagai alat cari duit untuk tampung bill, makan minum anak dsb sementara diri anda mengejar passion anda

kalo kualti kerha anda bagus dan anda sudah ada passion dalam kerja anda : congratulations!

8. tapi nape ada orang macam relax ja walau nampak takde goal / berbuat apa2 dalam hidup? Nape diorang x nampak bosan

a. genetik
Ada orang lahir ngan genetik kene jer dok buat sesuatu (cam orang hypomanic)
Ada orang senang puas.. janji happy, cukup makan, takde hutang dan takde musuh (serotonin kat otak dah cukup)

b. Kesan masyarakat... example masyarakat cina sangat mementing education.. kalo nak boleh ada phd dan master, if not some say failure.. melayu tak sespesen tuh... so  keadaan masyarakat tu jugak boleh mempengaruhi tahap kerelaxan anda

9. pekerja kerajaan malas??

Gaji sama.. buat lebih pon sama gaji..buat sikit pon sama

Seperti yang dikatakan sebelumnya. sesetengah diorang ni mungkin nak gaji untuk tanggung nafkah hidup sahaja. passion elek
Jadi kalo nak harapkan diorang sendiri nak transform department korang jadi lagendary department, jangan haraplah coz dioran takda passion..
jangan marah diorang kalo diorang x dapat keluar idea bernas setaraf dari otak passionate anda
selagi diorang cooperative, buat kerja dan ikut cakap, its okay

tapi kalo jenis yang "aku masuk kerja kerjaan sebab susah nak kena buang" - disilakan tibai!

kepada boss2 department, sila tengok pekerja anda jenis mcm mana ya.. just tersalah label relatively malas

No comments:

Post a Comment