Saturday, June 18, 2016

Kenali Perasaan : Dengki (Hasad) Kebaikan dan Keburukan

Dengki adalah perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu pihak (individu atau kumpulan) ke atas kelebihan yang mereka miliki.

Ia adalah sesuatu yang dilahirkan (blue print) dan normal ke atas semua manusia normal. Sekiranya anda mempunyai perasaan ini, anda normal. Cuma yang memainkan peranan adalah cara bagaimana kita handle perasaan tersebut. Adakah anda akan gunakan ia sebagai perasangan untuk melakukan suesuatu positif, atau menggunakan untuk tujuan kehancuran.

Kenapa perasaan ini terjadi? Kerana manusia adalah makluk social yang berteraskan KEADILAN. Manusia hidup berkumpulan, oleh itu susah dan senang harus dikongsi bersama.. dari aspek kemewahan, sosial, kuasa, kecantikan dsb. Sekiranya salah satu mempunyai kelebihan, dia harus berkongsi dengan ahli kumpulan lain.

Even sesetangah haiwan, seperti monyet dibawah (yg mempunyai otak yg mempunyai konsep keadilan sosial) mempunyai perasaan dengki seperti di video di bawah :



Masalah terjadi apabila
a) benda yang didengki tidak dapat dikongsi bersama - seperti kepandaian, kecantikan, kekayaan peribadi, keluarga bahagia

b) perbezaan pendapat tentang konsep 'adil'. Contoh : Ali seorang cikgu. Dia dapat menerima gaji dia rendah daripada doktor kerana doktor padanya telah berusaha keras. Namun Ali tidak puas hati dengan Zam, seorang ahli politik, bergaji besar kerana beranggapan Zam tidak layak kerana dia adalah ahli politik tidur. Namun Zam pula beranggapan dia patut dibayar mahal kerana dia dipilih rakyat dan pada dia, dia sedang melakukan kerja

contoh lain : Ali dan Abu berjiran... Abu mempunyai keluarga bahagia.. Ali pula mengalami keretakan keluarga... Ali dengki terhadap Abu kerana Ali rasa 'tidak adil' dia menderita dan Abu bahagia.. Jadi Ali pada masa sama cuba meretakkan keluarga Abu.

c) personaliti seseorang itu sendiri - dari pengamatan saya, orang yg
- mudah rasa tercabar,
- kompetitif, tidak boleh lihat orang lain lebih.. dia yg harus lebih dari orang lain
- calculatif atau
- terlalu mementingkan pembahaguin adil tanpa compromi (tanpa melihat faktor2 lain),
- melihat dunia dalam black and white dan bukan gray..... 
cenderung untuk dengki

Kebukan dan cara mengatasinya
a) jika ia sesuatu yang tidak didapat dikongsi, pendenngki akan menyalurkan tenaga dia untuk melenyakan nikmat itu dari seseorang yang didengki. ini termasuk memukul, menyebar fitnah, memboikot, dsb
-> cara atasi :
i) terima dunia ini ada yang tidak adil : ada yang kaya, ada yang pandai, ada yang cantik... nikmat itu dikurniakan tuhan secara nasib.. there is nothing you can do, life is like that... dan kadang2 org yg didengki itu mempunyai kelebihan 1 in a million.. which means they are not normal as others

ii) puji kelebihan mereka.jangan benci/marah mereka., they are not your enemies. when you puji them, they will be nice to you... train your brain to turn it into something positif,

b) jangan terlalu black and white.. ya mereka mungkin mempunyai kelebihan dari segi kepandaian.. namun tak semestinya mereka bagus dalam sukan, social dsb.. sama juga dgn rupawan... mungkin mereka tak sepandai anda

dan anda juga harus faham, pendapat anda mungkin tidak mencerminkan realiti.. anda mungkin rasa dia tidak layak, namun hakikatnya, mungkin juga dia layak...

melainkan dia mula menggunakan kelebihan dia sehingga merosakkan / menjahanamkan orang lain / kepentingan masyarakat (tamak).. ini harus ditentang

c) jika ia masalah personaliti... kenali diri.. mungkin anda pelik kenapa orang sekeliling tidak merasa seperti anda rasa? sekiranya demikian, ada harus belajar / perhati apa sebenarnya hati anda mahu sampaikan kepada anda... dan evaluate.. adakah diri anda yang bermasalah sebenarnya? adakah anda dilahirkan mempunyai sifat nak kan keadilan 100% tanpa ruang kompromi?

Kebaikan dengki
Dengki adalah minyak kepada api kemarahan. Marah adalah perasaan yang lhir apabila apa yang kita fikir patut terjadi, tidak terjadi.

Marah lazimnya dikaitkan dengan benda negetif. Namun hakikatnya marah memberikan tenaga perubahan.

Tenaga marah sekiranya disalurkan ke cara positif akan memberikan perubahan kebaikan dan vice versa.

Oleh itu sekiranya ada dengki terhadap seseorang... fikir adakah kelebihan yang anda dengki itu sesuatu yang
a) boleh anda capai
b) sesuatu yang boleh anda capai tapi tidak secara total
c) tidak dapat capai / minimum sahaja

sekiranya (a) usaha keras! baiki diri!
sekiranya (b) usaha keras! baiki diri!
sekiranya (c) terima hakikat. jangan sedih, rezeki anda mungkin ditempat lain... puji mereka...

jangan salurkan kearah kehancuran... sejerah membuktikan apabila dengki disalurkan ke negetif, ia mengajak ke arah kehancuran.. sudah berapa banyak tamadun munah kerana dengki? fikir2 kan



Dibawah adalah praktikal contoh dengki yg disalurkan kepada positif dan negetif.. dan juga yang tak dengki dan berhati mulia.

Marilah latih diri ke arah mulia.. iaitu memuji selepas seseorang beroleh kejayaan.. bukannya menzahirkan dengki... lama2 InsyaAllah perasaan dengki itu akan hilang.. :)